Saturday, May 2, 2009

dahulu dan sekarang

















































































Tuesday, March 24, 2009

Long's Wedding...

video

Hari bahagia Long & Zul. Aku doakan semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat. Amin.

Thursday, February 12, 2009

Mari berkenalan...



Ini cerita aku...


Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah tugas mudah. Well, dulu aku selalu take for granted what my moms sacrifice for us. Tapi sekarang aku sedar...bukanlah semudah A B C untuk membesarkan seorang manusia apatah lagi mempunyai kerjaya.

Family background - Aku anak kedua dari 9 orang adik beradik. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan sekarang menetap di Shah Alam. And, to tell the truth...aku ni jarang balik rumah. Salah satu sebab utamanya tentulah sebab jauh. 7 jam duk bergegar dalam kereta (walaupon most of the time Awai yang drive..hehe). Selain tu, aku jarang balik sebab memang dari time belajar dulu lagi aku dilatih supaya tak selalu balik rumah. Biasa laa..save duit. Masa tu susah nak dapat duit. Kadang-kadang tu bila balik rumah pun ma abah mesti tanya...'kenapa balik ni??' - sedih betul masa tu...hehe. Tapi tu cerita lama. takyah la cerita...karang ada yang nangis lak.

In-Laws - Aku sah menjadi seorang isteri pada 31 Ogos 2003. Dengan tak disangka-sangka perkenalan selama 6 bulan mampu membawa kami ke jinjang pelamin. Tak dinafikan pada awal perkahwinan, banyak dugaan dan cobaan terpaksa ditempuh. Tapi setelah 5 tahun berlalu, masing-masing sudah mulai memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing. Keluarga mentua aku tinggal di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban, N9. Awai merupakan anak sulung dan mempunyai 3 adik lelaki dan seorang adik perempuan (bongsu). Disebabkan keluargaku nun jauh di Kelantan, so aku menumpang kasih di Seremban la. Sedih ni..biasa la...perantau la katakan.

My life now - Alhamdulillah kami dikurniakan Daniel Harris pada 1 Jun 2004 hasil dari bunting pelamin (:P). Pada awalnya kehadiran buah hati kami ni agak mengejutkan sebab kami belum ready. Bayangkanlah tengah duk best honeymoon tiba-tiba aku muntah-muntah teruk. Hancur semua plan nak pergi bercuti. Hadiah holiday 3 hari 2 malam dari ofismate Awai terbengkalai begitu saja. Tapi kata orang, anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri...its true, so kami terima dengan hati terbuka. Bila dikenang-kenang kembali, menjaga baby memang memenatkan. Tidur pun tak lena. Apatah lagi bila Harris demam, risau bukan kepalang. Inilah yang membuatkan aku berfikir 2 kali untuk pregnant lagi. Tapi sekarang Harris dah berumur 5 tahun. Dah masuk PASTI. Setiap hari ada saja lagu/nasyid/doa yang berkumandang di bibir kecilnya. Seronok tengok dia belajar berkawan. Cuma kasihankan Harris bila terpaksa main sorang-sorang dirumah..tak ada kawan. Errmmm...nak adik kot...

Career - Aku bekerja di Bandar Puteri, Puchong dengan TFP Solutions Berhad sebagai Software Engineer hampir setahun setengah. Awai pun bekerja dalam bidang yang sama tapi lebih kepada hardware. So far, kerja OK...cuma takde bonus je...isk isk isk.


...jangan kesal dengan kisah semalam...kerana sejarah itulah menjadikan kita hari ini.


-atie-